whooz's FotoPage -  - Fotopages.com
Ayun & Idan
kompang di palu pengantin baru
duduk bersanding tersipu malu
kompang di palu pengantin malu
moga bahagia ke anak cucu :cloud9: 
Apa yang aku boleh katakan, ianya sebuah majlis yang ringkas dan berjalan lancar. Makanan tip top! Sambil tunggu pengantin tiba di luar dewan, angin bertiup punya la sedap. Macam wedding tepi laut je  LOL . Anyway, Selamat pengantin baru Yun! </description>
tu diaaa maktab kitaaaa
<description>Sampai jugak aku di balik pulau ni. Kali terakhir aku pergi tahun 1998, pergi ambil result SPM. Dah 10 tahun. Cikgu2 yang aku jumpa maintain cun..jeles2  :P . Maktab dah banyak berubah. Dah ada student Form 1. Kecik-kecik je aku tengok. Okay! kembalikan kenangan andaaaa.....
teka gambar  :-> </description>
Kenduri di Benut
<description>Ahad lepas aku menghadiri jemputan kahwin ofismate aku di Benut, Johor. Dapatla aku tengok "sistem tol" yang selama ini aku dengar je....parak jugak eh pihak lelaki LOL 
All the best Shalyn!
<description>Kami buat farewell party untuk Shalyn di Celadon, Pavillion. Makanan sungguh sedap! Aku suka decoration restoren tuh. Dinding dilengkapi rak yang dipenuhi bantal-bantal kecil.
Lama juga kitaorang lepak kat situ. After this sure susah nak jumpa. Sedangkan kerja satu ofis (lain floor), susah nak jumpa. Ini kan pula kerja tempat lain-lain. Tapi kemungkinan juga, lain ofis, lebih kerap berjumpa  LOL 
Kami semua berharap, you success di tempat baru!</description>
Jom tengok ikan!
<description>Sabtu lepas aku dan housemate pergi Aquaria, KLCC. Best! Terutama tunnel tu. Kalau la sepanjang2 aquaria tu , tunnel je, kan syok. 
Jijah & Shahril
09/02/2008 - Kandang, Melaka
Tahniah Jijah  :-) ..semoga jadi isteri yang baik  ;-) </description>
Macau-HongKong-Disneyland 4
<description>20/01/2008 - Hari ni, tak ada aktiviti. Free and easy. Ada yang sambung shopping. Mungkin tak habis cari barang lagi. Mungkin juga banyak lagi duit yang tinggal  ;-) . Aku dan grup aku, lepak kat hotel je. Jalan-jalan tepi sungai dekat hotel tu. Ada beberapa grup tengah berkayak. Tengah praktis kot. Ada juga yang jogging, naik basikal, jala-jalan bawa anjing dan lepak-lepak kat situ. Sungai tu bersih betul. Tak de bau hanyir pun. Laluan joging, jalan kaki dan basikal pun bersih. Pandai betul jaga. 2 jam lebih juga kami lepak kat situ. Pukul 1.30, check out hotel, balik ke Macau untuk penerbangan ke KL..
Aku suka trip kali ni. Tempat-tempat memang best. Enjoy betul  ;-) </description>
Macau-HongKong-Disneyland 3
<description>19/01/2008 - Whooz di alam fantasi  LOL ...tak terlintas langsung sampai juga kat Disneyland. Jam 9.30 pagi bertolak ke Disneyland. Disneyland terletak di Pulau Lantau. Untuk ke sana, boleh naik MRT dan juga jambatan. Jambatan yang menjadi mercu tanda Hong Kong, Tsing Ma Bridge, betul2 mengkagumkan. Ada 2 lapis, satu untuk jalan raya, satu untuk laluan tren. Kalau malam, sure lagi cantik.
Tak lama kemudian, dah nampak signboard Disneyland. Masing-masing syok  LOL ..tak sabar..kemudian nampak pulak pintu gerbang disneyland. Yeyyyy!
Aku suka show 3D ni. Real betul. Boleh rasa percikan air, boleh bau wangi kek..best!
Disney on parade..nasib baik kami dapat port cantek
Satu hari memang tak sempat nak round, main, tengok show dan amik gambar kat situ. Malam, kami tengok bunga api yang sangat cantik. Betul-betul waaaaaaaah!
Selesai di Disneyland, aku dan kawan-kawan menuju ke Mong Kok untuk shoping sikit. Agak mencabar sebab tiada siapa puun yang lead kami. Risau juga sebab semua Melayu. Takde bangsa cina dalam grup kami ni. Berpandukan peta MRT dan tanya orang sana sini, sampai jugak  ;-) .
Hampir sejam lebih kami kat sana. Balik ke hotel, ada masalah. Teksi tak mau ambil kami sebab diorang tak boleh cakap english (ataupun memang tak nak ambil orang luar). Tension juga. Tapi akhirnya dapat jugak teksi. Sampai bilik, rendam kaki dalam tab mandi air suam..hmmm best  8-) ..Kemas beg semua, esok dah nak balik KL dah.</description>
Macau-HongKong-Disneyland 2
<description>18/01/2008 – Seawal jam 8.30 pagi kami bergerak ke terminal feri. Feri ke Hong Kong. Macam feri Pulau Langkawi jugak. Nasib tak baik, laut bergelora. Maka adala beberapa orang dari grup kami yang muntah. Nasib baik aku ok. Aku pun phobia jugak tengok orang muntah-muntah ni. Sampai sana, disambut oleh tourist guide dan seorang jurugambar. Terus kami dibawa ke Avenue of Stars. Ala macam Hollywood tuh :D. Dari jauh nampak patung Bruce Lee. Sejuk giler kat situ. Aku snap nama-nama artis yang aku kenal je la. Jackie Chan, Stephen Chow, Chow Yun Fat, Anita Mui, Michele Yeoh, Bruce Lee, Jet Li dan Andy Lau.
Then, kami menuju ke Jewellery City (JC – for Jackie Chan). Rupanya Jackie Chan ada share company nih. Sorry, ni bukan tempat feveret aku . Ada jugakla 2-3 orang yang beli barang kemas kat sini. Murah diorang cakap. Ye ke?? Aku tak reti barang-barang kemas ni.
Lokasi ketiga, kedai ginseng. Kami disambut dengan sorang segelas air. Air herba la kot..Pahitttttnye. Kalau teh cina tu, aku ok je. Tapi yang ni, mintak maaf la, aku minum sikit je. Lepas snap 2-3 gambar, cina tu marah aku “Oihh, no photo here”…hahahah dah snap pun :P.
Lokasi seterusnya, ke Pulau Hong Kong. Aku pun pening dengan geografi Hong Kong ni. Banyak betul pulau-pulau. Tapi yang bestnye untuk ke sana, kami melalui terowong bawah laut. Wahhh teruja la jugak. Aku tengok kiri kanan, depan aku nih, tido je. Aku pun macam ngantuk tapi nak tengok terowong punya pasal, aku tahan je mata. Tourist guide tu tanya, mengapa tak dibina terowong yang boleh nampak ikan? Dia jawab sendiri, kalau boleh nampak ikan semua, jam la terowong tuh. Betul laaa…tujuan diorang bina terowong tu untuk atasi kesesakan yang amat teruk kat Hong Kong ni. Perjalanan menuju ke Repulse Bay (kawasan orang kaya tinggal) menarik jugak. Sebab tempat ni jauh dari bandar. Luas betul pantai. Pasir di import dari mana ntah. Memang nampak macam pasir tuang kat situ. On the way ke beach ni, ada rumah girlfren Jackie Chan. Besar jugak, atas bukit  :P 
tol masuk terowong
Suhu tempatan lebih kurang 17 Celcius time tu
Rumah, bangunan persendirian dan juga hotel atas bukit
Kemudian on the way balik ke hotel, kami singgah di The Peak. Lokasi di mana kita boleh tengok permandangan Hong Kong dari tempat tinggi. Menarik.
Kemudian, check in hotel, Regal Riverwiew. Hotel sungguh cantikkkkkkkkkk...aku dapat bilik corner lot. So bilik tu ada 2 sisi cermin berlatar permandangan sungai. 
Kami rehat sekejap, jam 6.30 petang kami keluar menuju ke Madame Tussaud  ;-). Kat New York dulu, aku tak sempat nak masuk tengok patung lilin ni. So kebetulan ada pulak kat sini, mesti pergi  :-D . 
stesen tram naik ke The Peak
Tram ke The Peak
tadaaaaaaa!  :-> 
Lebih kurang pukul 12 kami sampai bilik hotel. Tak sempat kejar tren akhir, kami naik teksi. Teksi kat Hong Kong, tambangnya mula dari 15HKD. Itupun dah berkejar macam dalam race, The Amazing Race kat stesen MRT LOL. Fuhhh penat betul. Tak sabar tunggu esok....DISNEYLAND!!!!!!!!  ;-) 