Want your
own Fotopage?







 
whooz's FotoPage
Image hosted by Photobucket.com
By: whooz fauzi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 12-Aug-2008 01:54 Email | Share | | Bookmark
Ayun & Idan

 
 
 
 
 
 
 
 
 
View all 12 photos...




kompang di palu pengantin baru
duduk bersanding tersipu malu
kompang di palu pengantin malu
moga bahagia ke anak cucu


Apa yang aku boleh katakan, ianya sebuah majlis yang ringkas dan berjalan lancar. Makanan tip top! Sambil tunggu pengantin tiba di luar dewan, angin bertiup punya la sedap. Macam wedding tepi laut je . Anyway, Selamat pengantin baru Yun!


Selamat Hari Raya juag kepada wooz dan family Mon 22-Sep-2008 13:44
Posted by:zainzubir  - [Link]
Selamat Hari Raya buat sahabatku, semoga beroleh keberkatan di bulan yang mulia ini, Mohon maaf jika terdapat sebarang kesalahan, Peace to all, Tahun nie beraya kat Klate plak dah... Sat 27-Sep-2008 03:17
Posted by:Hasrul Adha hah5389@streamyx.com  - [Link]
Hi along. sori la lama sangat menyepi. sampaikan fp sendiri pun tak sempat nak menjengah. rupanya ada gak komen2 baru. noli skang peknen aaa dah 8 bulan. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin ye. Tue 7-Oct-2008 03:49
Posted by:Norli kiut
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 6-Aug-2008 02:12 Email | Share | | Bookmark
tu diaaa maktab kitaaaa

jom..jom!
 
 
x de dah bas ada gambar pensil
 
ke kelas
View all 27 photos...
Sampai jugak aku di balik pulau ni. Kali terakhir aku pergi tahun 1998, pergi ambil result SPM. Dah 10 tahun. Cikgu2 yang aku jumpa maintain cun..jeles2 . Maktab dah banyak berubah. Dah ada student Form 1. Kecik-kecik je aku tengok. Okay! kembalikan kenangan andaaaa.....





teka gambar

mmm best lak tengok gambar2 ni , aku tak sempat bergambar pun duk tumpang muka kat camera org, nanti aku try dapatkan url dr senior2 yg amik gambar sekitar majlis berlangsung,,, sory la pack gila bulan 8 ni, tapi memang best balik maktab.. get redy untuk next reunion/gathering meby akan ada lagi event Thu 14-Aug-2008 04:52
Posted by:lynn
uisk.. buat aku tringat maktab aku ja.. Mon 22-Sep-2008 12:30
Posted by:Conan_skywalkeR  - [Link]
along... termiss flight la pulak... hahah.. engok gambaq2 nih, rindu btul kat maktab! Fri 3-Oct-2008 19:27
Posted by:wanie hayatialwani@yahoo.com
View all 13 comments Add comment


Tuesday, 3-Jun-2008 04:42 Email | Share | | Bookmark
Kenduri di Benut

Ahad lepas aku menghadiri jemputan kahwin ofismate aku di Benut, Johor. Dapatla aku tengok "sistem tol" yang selama ini aku dengar je....parak jugak eh pihak lelaki






ooo boleh buat warning eh?...heheh sedara mara la yang lebih2 nih..tapi betul la kesian wehhhh kat belah laki Mon 28-Jul-2008 09:53
Posted by:whooz  - [Link]
along,hang tak taulagi ker norli ***.kene tanye tuan punye sendiri,nanti aku announce marah die pule Wed 30-Jul-2008 05:11
Posted by:bidah  - [Link]
bid ->hmmm..musykil la Wed 30-Jul-2008 14:28
Posted by:whooz  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Monday, 12-May-2008 07:15 Email | Share | | Bookmark
All the best Shalyn!

 
ada orang kat belakang saya la
decor
View all 14 photos...
Kami buat farewell party untuk Shalyn di Celadon, Pavillion. Makanan sungguh sedap! Aku suka decoration restoren tuh. Dinding dilengkapi rak yang dipenuhi bantal-bantal kecil.

Lama juga kitaorang lepak kat situ. After this sure susah nak jumpa. Sedangkan kerja satu ofis (lain floor), susah nak jumpa. Ini kan pula kerja tempat lain-lain. Tapi kemungkinan juga, lain ofis, lebih kerap berjumpa

Kami semua berharap, you success di tempat baru!

Feel free to visit my page to get RM21 for free right now!!
Enjoy your money ya
http://fotografiklance.fotopages.com
Wed 14-May-2008 11:18
Posted by:unnamed
kalo ada duit lebih hg try makan kat starhill, sbelah JWmarriot.. decorration dlm dia lagi hebat..
Fri 30-May-2008 08:33
Posted by:ScHoePenToeTer  - [Link]
kedai apa?? ..tunggu aku dapat bonus nnt Wed 4-Jun-2008 02:28
Posted by:whooz
Add comment


Thursday, 17-Apr-2008 07:17 Email | Share | | Bookmark


Care to comment?


Thursday, 17-Apr-2008 06:34 Email | Share | | Bookmark
Jom tengok ikan!

diriku tapak sulaiman
putera katak
cicakman
View all 19 photos...
Sabtu lepas aku dan housemate pergi Aquaria, KLCC. Best! Terutama tunnel tu. Kalau la sepanjang2 aquaria tu , tunnel je, kan syok.


cantik nye long gmbr biru tu..aku blum pernah gi lagi aquaria Mon 21-Apr-2008 13:55
Posted by:Norabidah norabidahismail@yahoo.com
pergila bid..bawa adham..suree dia suka..macam2 ikan ada.. Thu 24-Apr-2008 01:00
Posted by:whooz  - [Link]
Jika tiada apa hendak dibuat waktu lapang, kenapa tidak cuba daftar percuma link dibawah ni ..auntie cuba memang cool survey ni...mudah spt ABC..jika redirection lambat, blasah jer letak jawapan survey tu, masih akan dibayar..aisay letak 2-3 patah perkataan jer..mudah ..auntie tak bohongnya!!

http://www.AWSurveys.com/HomeMain.cfm?RefID=zainzubir
Sat 10-May-2008 02:17
Posted by:zainzubir  - [Link]
Add comment


Monday, 28-Jan-2008 04:56 Email | Share | | Bookmark
Jijah & Shahril



09/02/2008 - Kandang, Melaka

Tahniah Jijah ..semoga jadi isteri yang baik

Along bertuahnya hang dapat jalan2 hk...keje ke sendiri? Sat 8-Mar-2008 04:19
Posted by:abidah norabidahismail@yahoo.com  - [Link]
company trip la...jln2. nak tunggu duit sendiri, lambat sket la Wed 12-Mar-2008 06:28
Posted by:whooz  - [Link]
Wei Sharil ni budak SMKA Al-Mashoor (L) kan? Ca-en org panggil dia..Ni Kawan sekolah aku nih...Classmate wei... Fri 25-Jul-2008 03:56
Posted by:Jingga msjingga@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Sunday, 27-Jan-2008 11:33 Email | Share | | Bookmark
Macau-HongKong-Disneyland 4

20/01/2008 - Hari ni, tak ada aktiviti. Free and easy. Ada yang sambung shopping. Mungkin tak habis cari barang lagi. Mungkin juga banyak lagi duit yang tinggal . Aku dan grup aku, lepak kat hotel je. Jalan-jalan tepi sungai dekat hotel tu. Ada beberapa grup tengah berkayak. Tengah praktis kot. Ada juga yang jogging, naik basikal, jala-jalan bawa anjing dan lepak-lepak kat situ. Sungai tu bersih betul. Tak de bau hanyir pun. Laluan joging, jalan kaki dan basikal pun bersih. Pandai betul jaga. 2 jam lebih juga kami lepak kat situ. Pukul 1.30, check out hotel, balik ke Macau untuk penerbangan ke KL..







Aku suka trip kali ni. Tempat-tempat memang best. Enjoy betul

waa... dah jauh rupanya sahabat aku ni berjalan ek..
hmm.. best kalao ada peluang cenginih..
Sat 16-Feb-2008 10:52
Posted by:ScHoePenToeTer  - [Link]
ilah - aku kat clinical research organisation kat HKL nih. Mai la melawat2 aku
amal - free, best aaaaa ..tapi kalu x free best jugak..dah namanya berjalan...
Mon 18-Feb-2008 08:09
Posted by:whooz  - [Link]
la.. ko kt HKL rupenye.. dekat je ngan aku.. jiran sebelah je.. aku kat ukm kl.. kat klinik optometri ukm. kalo free2 blh ar kuar lunch kat kg.baru tu.. Thu 28-Feb-2008 03:12
Posted by:nhalilah  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Friday, 25-Jan-2008 10:06 Email | Share | | Bookmark
Macau-HongKong-Disneyland 3

19/01/2008 - Whooz di alam fantasi ...tak terlintas langsung sampai juga kat Disneyland. Jam 9.30 pagi bertolak ke Disneyland. Disneyland terletak di Pulau Lantau. Untuk ke sana, boleh naik MRT dan juga jambatan. Jambatan yang menjadi mercu tanda Hong Kong, Tsing Ma Bridge, betul2 mengkagumkan. Ada 2 lapis, satu untuk jalan raya, satu untuk laluan tren. Kalau malam, sure lagi cantik.



Tak lama kemudian, dah nampak signboard Disneyland. Masing-masing syok ..tak sabar..kemudian nampak pulak pintu gerbang disneyland. Yeyyyy!








Aku suka show 3D ni. Real betul. Boleh rasa percikan air, boleh bau wangi kek..best!



Disney on parade..nasib baik kami dapat port cantek




Satu hari memang tak sempat nak round, main, tengok show dan amik gambar kat situ. Malam, kami tengok bunga api yang sangat cantik. Betul-betul waaaaaaaah!



Selesai di Disneyland, aku dan kawan-kawan menuju ke Mong Kok untuk shoping sikit. Agak mencabar sebab tiada siapa puun yang lead kami. Risau juga sebab semua Melayu. Takde bangsa cina dalam grup kami ni. Berpandukan peta MRT dan tanya orang sana sini, sampai jugak .



Hampir sejam lebih kami kat sana. Balik ke hotel, ada masalah. Teksi tak mau ambil kami sebab diorang tak boleh cakap english (ataupun memang tak nak ambil orang luar). Tension juga. Tapi akhirnya dapat jugak teksi. Sampai bilik, rendam kaki dalam tab mandi air suam..hmmm best ..Kemas beg semua, esok dah nak balik KL dah.

Care to comment?


Friday, 25-Jan-2008 07:32 Email | Share | | Bookmark
Macau-HongKong-Disneyland 2

18/01/2008 – Seawal jam 8.30 pagi kami bergerak ke terminal feri. Feri ke Hong Kong. Macam feri Pulau Langkawi jugak. Nasib tak baik, laut bergelora. Maka adala beberapa orang dari grup kami yang muntah. Nasib baik aku ok. Aku pun phobia jugak tengok orang muntah-muntah ni. Sampai sana, disambut oleh tourist guide dan seorang jurugambar. Terus kami dibawa ke Avenue of Stars. Ala macam Hollywood tuh . Dari jauh nampak patung Bruce Lee. Sejuk giler kat situ. Aku snap nama-nama artis yang aku kenal je la. Jackie Chan, Stephen Chow, Chow Yun Fat, Anita Mui, Michele Yeoh, Bruce Lee, Jet Li dan Andy Lau.









Then, kami menuju ke Jewellery City (JC – for Jackie Chan). Rupanya Jackie Chan ada share company nih. Sorry, ni bukan tempat feveret aku . Ada jugakla 2-3 orang yang beli barang kemas kat sini. Murah diorang cakap. Ye ke?? Aku tak reti barang-barang kemas ni.





Lokasi ketiga, kedai ginseng. Kami disambut dengan sorang segelas air. Air herba la kot..Pahitttttnye. Kalau teh cina tu, aku ok je. Tapi yang ni, mintak maaf la, aku minum sikit je. Lepas snap 2-3 gambar, cina tu marah aku “Oihh, no photo here”…hahahah dah snap pun .



Lokasi seterusnya, ke Pulau Hong Kong. Aku pun pening dengan geografi Hong Kong ni. Banyak betul pulau-pulau. Tapi yang bestnye untuk ke sana, kami melalui terowong bawah laut. Wahhh teruja la jugak. Aku tengok kiri kanan, depan aku nih, tido je. Aku pun macam ngantuk tapi nak tengok terowong punya pasal, aku tahan je mata. Tourist guide tu tanya, mengapa tak dibina terowong yang boleh nampak ikan? Dia jawab sendiri, kalau boleh nampak ikan semua, jam la terowong tuh. Betul laaa…tujuan diorang bina terowong tu untuk atasi kesesakan yang amat teruk kat Hong Kong ni. Perjalanan menuju ke Repulse Bay (kawasan orang kaya tinggal) menarik jugak. Sebab tempat ni jauh dari bandar. Luas betul pantai. Pasir di import dari mana ntah. Memang nampak macam pasir tuang kat situ. On the way ke beach ni, ada rumah girlfren Jackie Chan. Besar jugak, atas bukit


tol masuk terowong


Suhu tempatan lebih kurang 17 Celcius time tu


Rumah, bangunan persendirian dan juga hotel atas bukit

Kemudian on the way balik ke hotel, kami singgah di The Peak. Lokasi di mana kita boleh tengok permandangan Hong Kong dari tempat tinggi. Menarik.






Kemudian, check in hotel, Regal Riverwiew. Hotel sungguh cantikkkkkkkkkk...aku dapat bilik corner lot. So bilik tu ada 2 sisi cermin berlatar permandangan sungai.







Kami rehat sekejap, jam 6.30 petang kami keluar menuju ke Madame Tussaud . Kat New York dulu, aku tak sempat nak masuk tengok patung lilin ni. So kebetulan ada pulak kat sini, mesti pergi .



stesen tram naik ke The Peak


Tram ke The Peak


tadaaaaaaa!

Lebih kurang pukul 12 kami sampai bilik hotel. Tak sempat kejar tren akhir, kami naik teksi. Teksi kat Hong Kong, tambangnya mula dari 15HKD. Itupun dah berkejar macam dalam race, The Amazing Race kat stesen MRT . Fuhhh penat betul. Tak sabar tunggu esok....DISNEYLAND!!!!!!!!

Care to comment?


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.